Digital Marketing Marketplace Shopee
8 September 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Digital Marketing Marketplace telah diadakan di Pusat Internet Kg Titi Teras, Yan Kedah pada 7 September yang lalu. Kandungan kursus ini adalah untuk mendedahkan teknik dan kaedah memasarkan produk di portal membelibelah terkemuka iaitu Shopee. Kursus ini telah dihadiri oleh beberapa usahawan sekitar Yan dan juga wakil dari Pusat internet Kodiang, Jerlun dan juga Napoh. Kursus yang bermula dari pukul 9.30 pagi ini berakhir pada jam 1.30 tengahhari ini diharap dapat membantu para usahawan untuk memasarkan produk secara lebih meluas dan turut membantu usahawan lain untuk memasarkan produk mereka secara di atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: